Majikan tidak mengaku bunuh pembantu rumah

5 Oct 2026 • 5:47 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Majikan tidak mengaku bunuh pembantu rumah

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga sambilan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh pembantu rumah warga India, dua minggu lalu.

​Tertuduh, Stevent Anthony, 31, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Khairunissak Hassni.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada lelaki itu memandangkan kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
​
​Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Tamilarasi Kumar yang tidak diketahui usianya di sebuah kediaman di Titiwangsa, di sini, antara pukul 4 pagi hingga 10.55 pagi, 24 September lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 dan 40 tahun, jika sabit kesalahan.

Sekiranya tidak dihukum mati, tertuduh boleh dikenakan sebatan minimum 12 kali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ainna Maryam Nor Azman manakala tertuduh diwakili peguam bela, Carenjit Kaur dan Khairunissa Azzahrah Ghazalie.

​Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 16 Disember ini. – UTUSAN

The post Majikan tidak mengaku bunuh pembantu rumah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved