Peniaga didakwa bunuh pembantu rumah warga India

5 Oct 2026 • 8:22 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Peniaga didakwa bunuh pembantu rumah warga India

Seorang peniaga berusia 31 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan membunuh pembantu rumah warga India di Titiwangsa.

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh pembantu rumah warga India, dua minggu lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada N. Stevent Anthony, 31, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairunissak Hassni kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa membunuh K.Tamilarasi (usia tidak diketahui) di sebuah kediaman di Titiwangsa di sini antara 4 pagi hingga 10.55 pagi pada 24 Sept lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun, jika tidak dihukum gantung, dan boleh dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Ainna Maryam Nor Azman manakala peguam Carenjit Kaur dan Khairunissa Azzahrah Ghazalie mewakili tertuduh.

Mahkamah menetapkan 16 Dis ini untuk sebutan semula kes bagi laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved