Majikan, tiga warga asing direman bantu siasat kes bunuh remaja Rohingya

19 Sep 2026 • 12:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Majikan, tiga warga asing direman bantu siasat kes bunuh remaja Rohingya

KOTA BHARU – Seorang lelaki bersama tiga warga asing termasuk seorang wanita direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh remaja etnik Rohingya berhampiran bangsal sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan di Taman Desa Kujid, Kampung Panji, di sini, semalam.

Perintah reman terhadap kesemua suspek berusia dalam lingkungan 25 hingga 40 tahun yang bermula esok sehingga Sabtu depan itu dikeluarkan oleh Majistret Fakhrul Razzi Abd. Hamid.

Kesemua suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, keempat-empat suspek tiba di Mahkamah Majistret, di sini untuk permohonan reman dengan menaiki trak polis kira-kira pukul 9.30 pagi.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang remaja lelaki etnik Rohingya maut selepas dipercayai dibunuh dengan objek tajam berhampiran bangsal sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan di Taman Desa Kujid, Kampung Panji, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu, mangsa yang berusia 18 tahun ditemukan sudah meninggal dunia di kawasan itu selepas mengalami kecederaan pada bahagian leher. – KOSMO! ONLINE

The post Majikan, tiga warga asing direman bantu siasat kes bunuh remaja Rohingya appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved