Enam lelaki samun hartawan China ‘lesap’ ke luar negara

19 Sep 2026 • 1:25 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Enam lelaki samun hartawan China ‘lesap’ ke luar negara

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan proses permohonan Red Notice (Notis Merah) melalui Interpol bagi memburu enam lelaki warga asing yang dipercayai menyamun seorang lelaki warga China pada 7 September lalu.

Kesemua suspek dipercayai sudah melarikan diri ke luar negara selepas menyamun mangsa yang juga seorang hartawan dan ahli perniagaan di sebuah rumah di Pavilion Embassy, Jalan Ampang, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, mereka telah didakwa secara ‘in absentia’ di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam, selepas kertas siasatan kes dirujuk kepada Pejabat Pendakwaan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Katanya, Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengarahkan supaya kesemua suspek dikenal pasti didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Enam lelaki warga asing itu didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, tanpa kehadiran mereka.

“Timbalan Pendakwa Raya turut memohon waran tangkap terhadap kesemua tertuduh dan mahkamah menetapkan 16 Oktober depan untuk sebutan permohonan waran tangkap berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, dalam kejadian samun itu, pihaknya menerima laporan daripada mangsa, lelaki warga China berusia 28 tahun, pada 7 September lalu pada pukul 5.31 petang.

Mangsa mengalami kerugian RM2.91 juta selepas kediamannya diceroboh sekumpulan lelaki bertopeng, bersarung tangan dan bersenjatakan pisau sebelum mereka melarikan wang tunai, barang kemas dan jam tangan mewah serta pasport milik mangsa.

The post Enam lelaki samun hartawan China ‘lesap’ ke luar negara appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved