Majikan upah tonto jaga rumah kongsi pendatang tanpa izin

13 Jun 2024 • 11:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pemeriksaan yang dilakukan hanya menemui sekumpulan warga asing yang memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah.

image is not available
Pemeriksaan mendapati sebahagian rumah kongsi di situ kosong tidak berpenghuni.

image is not available
Operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen Pulau Pinang di projek perumahan Taman Bandar Putra Bertam, semalam.

image is not available
Hanya tujuh PATI warga Myanmar serta Nepal yang tidak sempat melarikan diri ditahan kerana tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah.

KEPALA BATAS - Jabatan Imigresen (JIM) mengesan taktik baharu majikan di tapak pembinaan yang mengupah tonto sebagai langkah awal mendapatkan maklumat bagi membolehkan pendatang tanpa izin meloloskan diri sebelum operasi oleh pihak berkuasa.

Pengarah Imigresen Pulau Pinang, Nur Zulfa Ibrahim berkata, ini selepas operasi dijalankan pihaknya di projek perumahan Taman Bandar Putra Bertam di sini, semalam menghadapi kesulitan apabila pergerakan pasukan dihidu kumpulan tonto.

Beliau berkata, tonto terbabit bertindak mengekori dan memantau gerak geri anggota penguat kuasa imigresen dengan menyalurkan maklumat kepada individu tertentu.

**media[2689145]**

Menurutnya, pemeriksaan di penempatan didiami warga asing berdekatan projek perumahan berkenaan mendapati sebahagian rumah kongsi di situ kosong tidak berpenghuni.

"Pemeriksaan dilakukan menemui sekumpulan warga asing yang memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah manakala hanya tujuh pendatang tanpa izin warga Myanmar serta Nepal yang tidak sempat melarikan diri ditahan kerana tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan berserta pas yang sah,” katanya dalam hantaran di Facebook JIM Pulau Pinang, malam ini.

**media[2689144]**

Nur Zulfa berkata, berdasarkan aduan dan risikan, pihaknya percaya kawasan itu didiami hampir 100 pendatang tanpa izin.

**media[2689146]**

Katanya, gerakan operasi seterusnya akan diperhalusi di samping satu siasatan akan dilakukan bagi mengenal pasti mereka yang mempunyai kaitan menggadai integriti dan amanah jabatan itu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!