Majlis Halal Malaysia-Indonesia ditubuh, perkukuh perdagangan dua hala

LocalBusiness & Finance
25 Sep 2026 • 6:39 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Majlis Halal Malaysia-Indonesia ditubuh, perkukuh perdagangan dua hala

PETALING JAYA – Malaysia dan Indonesia memperkukuh kerjasama industri halal menerusi penubuhan Majlis Halal Malaysia-Indonesia yang akan memberi tumpuan kepada pemudah cara pensijilan serta melancarkan perdagangan halal antara kedua-dua negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, penubuhan majlis berkenaan menjadi satu lagi langkah penting dalam memperkukuh diplomasi halal Malaysia-Indonesia.

“Fokus awal majlis ini adalah memudah cara proses pensijilan, mengurangkan pertindihan proses serta melancarkan perdagangan halal dua hala.

“Insya-Allah, kerjasama Malaysia-Indonesia ini akan menjadi permulaan kepada usaha membentuk ASEAN Halal Council sebagai kerangka kerjasama halal serantau yang lebih tersusun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Global Halal Summit (GHaS) 2026 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), hari ini.

Ahmad Zahid berkata, masa depan industri halal bergantung kepada sejauh mana negara, industri dan pasaran mampu dihubungkan bagi mewujudkan ekosistem perdagangan yang lebih kukuh.

Katanya, pensijilan halal bukan noktah sebaliknya perlu disusuli akses pasaran, pembiayaan, logistik, teknologi dan jaringan perniagaan bagi membolehkan syarikat tempatan berkembang ke peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, kerjasama berkenaan turut membuka lebih banyak peluang kepada usahawan termasuk perusahaan kecil, usahawan desa, wanita dan golongan muda untuk menembusi pasaran global.

“Kita mahu lebih banyak jenama milik Malaysia berkembang daripada pasaran tempatan ke pentas dunia, dengan keyakinan terhadap halal diterjemahkan kepada peluang perniagaan, pelaburan dan pekerjaan,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

The post Majlis Halal Malaysia-Indonesia ditubuh, perkukuh perdagangan dua hala appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved