Majlis Keselamatan PBB bincang ketegangan sempadan Thailand-Kemboja

WorldPolitics
25 Jul 2025 • 8:18 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) akan mengadakan mesyuarat tertutup berhubung pertempuran di sempadan Thailand-Kemboja pada Jumaat, lapor Xinhua.

Menurut Majlis Keselamatan, mesyuarat yang dijadualkan pada 3 petang EDT (1900 GMT) Jumaat dilaporkan telah diminta oleh Perdana Menteri Kemboja Hun Manet.

Situasi di sempadan Thailand-Kemboja semakin tegang susulan pertempuran yang tercetus pada pagi Khamis, dengan kedua-dua pihak saling menyalahkan antara satu sama lain kerana melanggar undang-undang antarabangsa.

Menurut timbalan jurucakap Kementerian Kesihatan Awam Thailand, seramai 14 rakyat Thailand terbunuh dan 46 yang lain cedera dalam pertempuran tentera berhampiran sempadan Thailand-Kemboja setakat 9 malam waktu tempatan pada Khamis.

Timbalan gabenor wilayah Oddar Meanchey Kemboja, Met Meas Pheakdey, memberitahu Xinhua melalui panggilan telefon bahawa seorang penduduk terbunuh dan lima yang lain cedera pada Khamis. - Bernama, Xinhua

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved