Rakyat Malaysia dinasihat elak sempadan Kemboja-Thailand, ketegangan makin meningkat

25 Jul 2025 • 5:10 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

image is not available

KUALA LUMPUR, 25 JULAI: Rakyat Malaysia di Kemboja dinasihatkan mengelak sebarang perjalanan tidak penting ke wilayah Preah Vihear dan Oddar Meanchey sehingga diberitahu kelak, susulan ketegangan yang semakin meningkat di sempadan Kemboja-Thailand.

Dalam satu nasihat keselamatan, Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh turut menggesa rakyat Malaysia agar bertenang, sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada sumber berita sahih serta mematuhi arahan dan nasihat pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan.

“Kedutaan sedang memantau rapat situasi semasa dan terus komited terhadap keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia di Kemboja,” menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang sedang menetap di Kemboja digalakkan untuk mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh melalui pautan Google Form: https://docs.google.com/forms/d/e/1FA|pQLScjS7q9_E46Ti09hHV-oJesfkOlDqt3d-v28jpZq4kZ–oc6g/viewform

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved