Rakyat Malaysia dinasihat elak sempadan Kemboja-Thailand

25 Jul 2025 • 8:03 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia di Kemboja dinasihatkan untuk mengelak sebarang perjalanan tidak penting ke wilayah Preah Vihear dan Oddar Meanchey sehingga diberitahu kelak, susulan ketegangan yang semakin meningkat di sempadan Kemboja-Thailand.

Dalam satu nasihat keselamatan, Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh turut menggesa rakyat Malaysia agar bertenang, sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada sumber berita yang sahih serta mematuhi arahan dan nasihat daripada pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan.

“Kedutaan sedang memantau rapat situasi semasa dan terus komited terhadap keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia di Kemboja,“ menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang sedang menetap di Kemboja digalakkan untuk mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh melalui pautan Google Form yang disediakan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved