
Baru-baru ini, majlis istiadat berbedak anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan pasangannya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah sudah selesai dengan penuh adat istiadat di Istana Nurul Iman, Brunei.
Menurut laporan Astro Awani, majlis tersebut adalah majlis keempat daripada 10 hari dimana Istiadat Bersuruh Diraja menjadi majlis pembuka pada 7 Januari lalu.
Majlis Istiadat Berbedak

Difahamkan, Istiadat Berbedak Pengantin Diraja telah dimulakan dengan perarakan 40 pembawa tombok diikuti tembakan meriam 17 das.
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta Pengiran Anak Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah merupakan antara keluarga diraja terawal yang memulakan istiadat berbedak itu.


Majlis itu diadakan selepas majlis bertunang dan hanya dihadiri keluarga terdekat dan diadakan berasingan.
The post Majlis Mempelai Diraja Brunei Diserikan Dengan Keindahan Istiadat Berbedak appeared first on Borak Daily.


![[15 FOTO] Sekali lafaz, Dayang Anisha Rosnah rasmi milik Putera Abdul Mateen, terima mahar $1,000](https://cdn.newswav.com/img/topic/world.jpeg)