Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini berlangsung dengan hangat susulan tindakan blok pembangkang yang mendesak perbahasan ditangguhkan atas alasan ketidakhadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Keadaan mula kecoh apabila Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan bangkit mengemukakan usul penangguhan sesi berkenaan. Beberapa Ahli Parlimen pembangkang turut menyokong usul tersebut, antaranya Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang menyifatkan sidang khas itu seolah-olah hilang keutamaan.
Artikel berkaitan: Bakal Bawa Peserta Telusuri Laluan Ikonik Negara, Acara Larian Cergas Parlimen 2026 Kini Sedia Menanti Pendaftaran Anda
Artikel berkaitan: “Syukran jazilan” – Ramai Terkejut Ahli Parlimen Taiping Lulusan IIUM, Siap Tunjuk Kad Matrik
@501awani Ahli Parlimen pembangkang dilihat keluar meninggalkan persidangan Dewan Rakyat ketika isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mula dibincangkan. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menyifatkan tindakan itu sebagai seolah-olah menunjukkan pihak pembangkang tidak mahu berbincang dan menganggap persidangan RCI berkenaan tidak penting. SisiTVParlimen AWANInews DewanRakyat
“Sekarang majlis perkahwinan nak dibuat, pengantin tak datang,” kata Rosol di Dewan Rakyat.
Tindakan itu bagaimanapun ditegur oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang menegaskan bahawa perbandingan sedemikian adalah tidak wajar memandangkan majlis persidangan tetap berjalan mengikut prosedur dan disokong oleh kehadiran ahli Kabinet lain.
“Tak ada majlis perkahwinan. Dengar ya semua, kita semua termasuk saya terikat dengan Perkara 11 (3), maknanya bila Perdana Menteri memohon untuk adakan persidangan ini, beliau hantar surat dan saya akur untuk benarkan majlis ini diadakan,” tegas Johari.
Turut menyuarakan pandangan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim (PN-Arau) menegaskan Perdana Menteri selaku Ahli Parlimen Tambun sepatutnya hadir memandangkan isu berkait salah laku dan pengurusan Tabung Haji sering dibangkitkan sebelum ini.
Perdebatan turut dicelah oleh Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) yang mempertahankan tindakan meneruskan persidangan. Menurut beliau, dasar pentadbiran kerajaan bergerak secara kolektif dan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, serta Menteri Agama sudah memadai untuk menjawab sebarang isu yang dibangkitkan tanpa perlu menangguhkan sidang.
Dewan Rakyat akhirnya meneruskan sesi persidangan khas berkenaan bagi laluan perbahasan Laporan RCI Tabung Haji oleh Ahli-ahli Parlimen.
Sumber: Berita Harian
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.






