Majlis Resepsi Dan Aksi ‘Bercumbu’ Gadis Veil Dipersoal Netizen

19 Jun 2025 • 2:51 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia veil Nikah

Majlis perkahwinan adik ipar kepada selebriti Erissa Puteri iaitu Putri Darweena Natasya baru-baru ini menjadi bualan hangat netizen.

Walaupun ramai yang kagum dengan keindahan busana dan lokasi eksklusif di United Kingdom, ada juga pihak yang kurang senang dengan cara majlis itu dijalankan.

Akad nikah atau ‘I do’?

Menerusi ruangan komen di media sosial, ramai mula mempertikaikan beberapa elemen dalam majlis tersebut termasuk isu akad nikah dan aksi mesra pengantin.

Maaf tanya, kahwin cara Islam ke tak? Ada akad nikah ke?

Netizen juga keliru kerana suasana majlis kelihatan seperti resepsi perkahwinan dalam agama lain, lebih-lebih lagi dengan kehadiran elemen barat yang begitu ketara.

Aksi mesra undang tanda tanya

image is not available

image is not available

image is not available

Lebih hangat lagi apabila paparan video memaparkan aksi mesra pasangan pengantin bercium di hadapan para tetamu.

Ramai menganggap perbuatan tersebut tidak sesuai untuk tontonan umum dan tidak selari dengan adab masyarakat Melayu.

Rasanya part cium tu tak payah la kot letak kat sini…

Walaupun ada yang cuba bersikap terbuka, rata-rata warganet tetap berpendapat bahawa sensitiviti budaya dan agama perlu dijaga, terutamanya bila ia dikongsi kepada khalayak ramai.

Terdahulu, wanita ini pernah mencuri tumpuan ramai apabila memakai ‘veil’ seperti pengantin di majlis kahwin abangnya, Danial Iskandar bersama Erissa Puteri.

Pssttt! Walaupun majlis perkahwinan itu milik peribadi, bila ia dikongsi secara terbuka, pasti akan mengundang pelbagai reaksi. Dalam kes ni, ramai yang pelik bila ada aksi yang tak sesuai tu kan.

Kredit: TikTok @budak.tadika
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.