Majoriti besar unit MyKiosk masih aktif beroperasi, tiada laporan terbiar -Nga Kor Ming

LocalBusiness & Finance
9 Jul 2026 • 3:56 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Majoriti besar unit MyKiosk di seluruh negara dilaporkan masih berada dalam keadaan baik dengan lebih 91 peratus telah diisi peniaga, aktif beroperasi serta memberi impak positif kepada ekonomi komuniti setempat.

KPKT komited membantu peniaga kecil

Memetik laporan daripada Berita Harian, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menyatakan  Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kekal komited membantu peniaga kecil menerusi pelaksanaan Program MyKiosk@KPKT.

“Inisiatif ini adalah bukti nyata manifestasi Kerajaan MADANI yang meluncurkan agenda pembangunan fizikal yang seimbang tanpa sesekali meminggirkan kualiti hidup, keselamatan, dan kesejahteraan rakyat marhaen,” katanya melalui jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Image from: Majoriti besar unit MyKiosk masih aktif beroperasi, tiada laporan terbiar -Nga Kor Ming

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Dr Alias Razak (PN-Kuala Nerus) yang meminta penjelasan mengenai bilangan unit MyKiosk yang mengalami kerosakan kritikal, terbiar atau menjadi mangsa vandalisme sehingga pertengahan tahun 2026, selain garis panduan pemantauan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Image from: Majoriti besar unit MyKiosk masih aktif beroperasi, tiada laporan terbiar -Nga Kor Ming

Tiada laporan kios rosak atau jadi mangsa vandalisme

Menurut Kor Ming, berdasarkan laporan operasi daripada kerajaan negeri dan PBT sehingga Jun 2026, sebanyak 105 unit MyKiosk di tujuh negeri dilaporkan mengalami kerosakan.

Walau bagaimanapun, tiada laporan diterima membabitkan kiosk yang terbiar atau menjadi mangsa vandalisme.

Beliau turut menjelaskan setiap unit MyKiosk merupakan aset milik PBT yang bertanggungjawab mengurus penyelenggaraan, pengisian peniaga serta pemantauan bagi mengelakkan isu pencerobohan, vandalisme dan penyewaan atas penyewaan (subletting).

Image from: Majoriti besar unit MyKiosk masih aktif beroperasi, tiada laporan terbiar -Nga Kor Ming

Bagi menangani isu berkenaan secara proaktif, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah mengesyorkan beberapa langkah kepada semua PBT.

“PBT yang terlibat perlu membaiki unit yang rosak agar dapat beroperasi semula dengan kadar segera.

“Bagi unit yang dikenal pasti tidak aktif, PBT perlu melaksanakan proses pemutihan. Kiosk yang tidak aktif akan ditawarkan kepada pemohon baharu yang berada dalam senarai menunggu, atau dipindahkan (relocate) ke kawasan yang mempunyai aliran trafik pelanggan yang lebih tinggi.

“PBT digesa mempertingkatkan rondaan penguatkuasaan serta bekerjasama dengan komuniti peniaga tempatan sebagai ‘mata dan telinga’ bagi memastikan keselamatan kiosk yang merupakan aset PBT,” katanya.

Sumber: Berita Harian 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved