Rosmah Kecam Nga Kor Ming, Guna Wajahnya Sebar Propaganda Murahan Sempena PRN Johor

LocalPolitics
9 Jul 2026 • 10:31 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Rosmah Kecam Nga Kor Ming, Guna Wajahnya Sebar Propaganda Murahan Sempena PRN Johor

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam (8 Julai), tular di media sosial poster yang memaparkan gambar Datin Seri Rosmah Mansor sempena PRN Johor yang dipercayai dimuat naik dalam satu hantaran di akaun X Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Selain gambar, poster itu turut memaparkan kenyataan seperti “If you don’t come back, I’ll be back” yang dipercayai ditujukan kepada pengundi luar yang berasal dari Johor.

Rosmah Kecam Nga Kor Ming Guna Imej & Wajahnya Jadi Bahan Kempen

Ekoran itu, Rosmah yang merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib kemudiannya tampil mengulas isu poster berkenaan dalam satu kenyataan di Facebook.

Menerusi kenyataan tersebut, Rosmah mengecam tindakan Nga Kor Ming yang didakwa menyebarkan propaganda murahan menggunakan wajah dan imejnya sempena PRN Johor.

Jelasnya, kenyataan yang dipaparkan dalam poster kempen itu disifatkan sebagai satu pembohongan untuk mengelirukan pengundi.

Malah, dia turut menyifatkan perbuatan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP itu sebagai satu perkara yang memalukan sebagai seorang menteri.

“Lebih memalukan, beliau ialah seorang Menteri Persekutuan. Sepatutnya seorang menteri menunjukkan contoh politik matang, bukan menyebarkan bahan fitnah dan manipulasi seperti budak pejabat parti yang terdesak mengejar undi.

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti dalam gambar tersebut.

“Ini pembohongan jelas, berniat jahat dan dibuat untuk mengelirukan pengundi,” katanya.

Rosmah Gesa Menteri Komunikasi Ambil Tindakan Terhadap Nga Kor Ming

Pada masa sama, Rosmah turut menggesa Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengambil tindakan terhadap Nga Kor Ming kerana didakwa menyebarkan kandungan palsu.

“Kalau rakyat biasa boleh dikenakan tindakan kerana menyebarkan kandungan palsu, adakah seorang menteri DAP kebal hanya kerana beliau berada dalam kerajaan?

“Saya tidak akan berdiam diri. Politik boleh berlawan tetapi jangan jadi pengecut sampai perlu guna gambar orang lain dan ciptakan fitnah murahan untuk menipu rakyat,” jelasnya.

Nga Kor Ming Melampaui Batas, Buli Wanita Demi Politik – Presiden Makkal Sakti

Dalam pada itu, Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri RS Thanenthiran menggesa Nga Kor Ming untuk meletak jawatan sekiranya benar dia mempunyai maruah serta bertanggungjawab atas dakwaan menggunakan imej Rosmah sempena kempen PRN Johor.

Jelas Thanenthiran, tindakan sebegitu disifatkan melampaui batas serta tidak menggambarkan sikap sebagai seorang pemimpin apatah lagi Menteri Persekutuan.

“Saya fikir sebagai seseorang yang berjawatan menteri, Kor Ming sudah melampaui batas.

“Amat memalukan apabila seorang menteri sanggup memperlekeh dan mengaibkan seorang wanita semata-mata untuk kepentingan politik. Sampai bila DAP hendak terdesak tarik pengundi seperti ini?

“Seorang pemimpin perlu berpolitik secara berhemah dan berdebat berdasarkan dasar serta idea, bukannya menyerang atau mempersendakan individu, lebih-lebih lagi seorang wanita.

“Kalau benar beliau mempunyai maruah dan sifat seorang gentleman, beliau sepatutnya bertanggungjawab dan meletakkan jawatan. Jangan menjadi pembuli terhadap wanita demi kepentingan politik. Malulah sedikit,” katanya yang dipetik dari Malaysia Gazette.

Sebelum ini, media melaporkan Nga Kor Ming akan menjadi individu pertama yang meletak jawatan sekiranya Barisan Nasional (BN) menang dalam PRN Johor dan Najib dibebaskan tanpa sebarang sabitan.

Ini kerana Nga Kor Ming mendakwa UMNO Johor berulang kali meluahkan hasrat agar Najib dibebaskan lebih awal dengan mendakwa slogan “UMNO menang besar, Najib pulang ke rumah” sebagai agenda parti tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved