Rosmah berang wajah jadi bahan kempen PRN -“Ini pembohongan jelas, berniat jahat…”

LocalPolitics
8 Jul 2026 • 10:51 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Datin Seri Rosmah Mansor mengecam tindakan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming yang didakwa menggunakan wajah serta imejnya dalam bahan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Sifatkan tindakan satu propaganda murahan

Menerusi kenyataan rasmi isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu, beliau mendakwa tindakan tersebut merupakan propaganda murahan dan tidak mencerminkan sikap seorang Menteri Persekutuan.

Rosmah menyatakan pemimpin kerajaan sepatutnya mengamalkan politik yang matang dan bukannya menyebarkan kandungan yang didakwa mengandungi fitnah serta manipulasi.

“Sepatutnya seorang menteri menunjukkan contoh politik matang, bukan menyebarkan bahan fitnah dan manipulasi seperti budak pejabat parti yang terdesak mengejar undi,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Image from: Rosmah berang wajah jadi bahan kempen PRN -“Ini pembohongan jelas, berniat jahat…”

Tak pernah keluarkan kenyataan seperti dalam poster

Kenyataan dibuat oleh Rosmah dipercayai merujuk kepada satu bahan kempen yang memaparkan wajahnya bersama mesej yang ditujukan kepada pengundi luar sempena PRN Johor.

Beliau turut menegaskan bahawa dirinya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang dipaparkan dalam bahan kempen tersebut.

“Ini pembohongan jelas, berniat jahat dan dibuat untuk mengelirukan pengundi,” tegas beliau.

Image from: Rosmah berang wajah jadi bahan kempen PRN -“Ini pembohongan jelas, berniat jahat…”

Sehubungan itu, Rosmah menggesa Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengambil tindakan terhadap Kor Ming jika didapati berlaku penyebaran kandungan palsu.

Menurutnya, tindakan sewajarnya perlu dikenakan tanpa mengira kedudukan seseorang dalam kerajaan.

“Politik boleh berlawan. Tetapi jangan jadi pengecut sampai perlu guna gambar orang lain dan cipta fitnah murahan untuk menipu rakyat,” ujarnya lagi.

Image from: Rosmah berang wajah jadi bahan kempen PRN -“Ini pembohongan jelas, berniat jahat…”

Sumber: Facebook Rosmah Mansur

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved