
Saya bertanya kepada tiga orang anak remaja: Apa yang mereka nak sangat beritahu pada mak ayah tapi tak tahu macam mana nak cakap.
Remaja pertama, perempuan 15 tahun jawab:
“Saya sedar banyak buat salah dan benda bodoh. Tapi bercakaplah dengan saya. Tanya khabar saya. Saya bukan orang jahat. Saya cuma budak yang tak tahu banyak benda. Walaupun nampak saya macam okay je, boleh berdikari, boleh jaga adik-adik, tapi saya masih perlukan mak ayah untuk peduli tentang saya.”
Remaja kedua, lelaki 14 tahun jawab:
Setiap kali tengok ayah, saya akan bayangkan ayah tanya “awak okay hari ni? Ada apa-apa yang buat awak stress?” Tapi saya sedar itu hanyalah imaginasi. Ayah saya bukan jenis macam tu. Sebab tu saya mula bercakap sorang-sorang dalam bilik. Supaya saya boleh berbual dengan ayah dalam imaginasi— saya jadi ayah, saya jadi anak. Kami dapat berbual mesra. Saya tak gila. Saya cuma takde cara lain untuk berbual dengan ayah tanpa rasa awkward.
Remaja ketiga, lekaki 17 tahun jawab:
“Mak ayah selalu kata saya bermasalah. Mungkin betul kata mereka. Mungkin saya ni memang membebankan. Tapi hari-hari saya rasa macam tengah hanyut di tengah lautan. Tak ada orang yang hulurkan tangan atau pelampung untuk tarik saya. I guess I just need connections.“

Setiap kali saya diminta berbual dengan anak-anak sekolah rendah atau menengah yang menurut mak ayahnya “bermasalah atau problematic”, saya selalu bertemu dengan SATU JAWAPAN yang sama.
Takde anak yang memang berniat untuk jadi budak bermasalah. Takde anak yang memang NAK jadi problematic.
Almost every single time, anak jadi problematic disebabkan oleh—DISCONNECTION. Merasa terputus daripada tempat selamat mereka. Merasa tidak didengari, diabaikan oleh ibu bapa. Mereka tiada ‘tempat untuk kembali’.
Jangan ajar anak beradab dengan cara kita biadap
Sedarlah, ibu bapa. Kenapa remaja kita rasa begini? Kita kat mana selama ni? Kenapa anak boleh rasa terasing dengan mak ayah sendiri?
Kita terganggu dan sibuk dengan apa sampai tak sedar anak rasa disconnected dari tempat pulangnya? Sampai anak perlu berimaginasi to fake the connection they needed.
Apa yang lebih kelakar adalah bila masih ramai ibu bapa yang mampu berkata, “Kena buat macam dulu-dulu balik kot. Pukul dengan tali pinggang, kurung dalam stor, ikat kat pokok. Baru reti beradab budak-budak ni.”
Seriously? Ajar anak beradab dengan cara kita menjadi biadap pada mereka?
Teringat saya pada satu kisah dalam kitab Tarbiyatul Aulad, apabila seorang bapa datang jumpa Saidina Umar untuk mengadu tentang anaknya yang derhaka. Tapi ini jawapan yang Saidina Umar beri pada bapa tersebut:
"Kamu datang mengadukan kederhakaan anak kamu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruk dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadap mu."
Akui salah diri sebelum hukum anak

Mungkin kita dulu yang perlu akui, jauhh sebelum anak jadi bermasalah, kita dulu sebenarnya yang gagal faham peranan sebenar sebagai ibu bapa.
Tiada yang namanya ‘budak nakal’ atau ‘budak jahat’. Yang ada hanyalah anak yang sedang bergelut dengan dalaman dirinya sendiri, kerana tak dapat haknya untuk dibimbing dengan betul. Dan KITA SEMUA sedang berhutang dengan anak-anak ‘bermasalah’ ini.
Sedarlah ibu bapa semua, Keibubapaan BUKAN tentang membesarkan anak-anak. Ia tentang membesarkan diri kita sendiri.
Beri peluang pada diri sendiri to reparent yourself and memulakan kembali hubungan dengan anak-anak serta remaja anda.



