‘Mak ayah dia banyak haters’ – Amira ‘simpan’ wajah Jarir

LocalEntertainment
10 Sep 2026 • 11:11 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Mak ayah dia banyak haters’ – Amira ‘simpan’ wajah Jarir

KUALA LUMPUR – Genap lebih tiga bulan melahirkan cahaya mata sulung, penyanyi Amira Othman masih belum bersedia berkongsi wajah mahupun perkembangan puteranya, Muhammad Jarir Umar kepada umum.

Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, 33, menjelaskan keputusan dibuat demi melindungi privasi serta kesejahteraan anak kecilnya agar dapat membesar seperti kanak-kanak lain.

“Insya-Allah apabila sesuai pada waktunya nanti, kita pasti akan kongsikan kepada peminat.

“Bagi saya biarlah dia melalui kehidupan kanak-kanak seperti yang lain asalkan dia dipelihara. Maklumlah mak dan ayah dia ada banyak ‘haters’.

“Jadi saya harap perkara itu tidak melibatkan dialah, apa-apa pun kita sentiasa berdoa yang baik-baik,” katanya kepada Kosmo! Online ketika Majlis Pengumuman Top 5 Anugerah Industri Muzik ke 25 (AIM25), semalam.

Dalam masa sama, pelantun lagu Hati-Hati itu turut terbuka berkongsi pengalaman bersalin yang dilalui menerusi kaedah pembedahan.

Katanya, setiap ibu mempunyai perjuangan tersendiri dan tidak sepatutnya wujud isu perbandingan.

“Saya buat pembedahan. Tetapi saya selalu beritahu terutama bila buat sesi siaran langsung, tak kisahlah bersalin secara pembedahan atau normal, susu formula atau susu badan.

“Yang penting kita dapat beri apa yang termampu untuk melindungi anak.

“Ibu saya agak tegas, jadi saya memang ikut pantang betul-betul dan paling penting tidak mahu stres. Suami pun selalu pesan supaya sentiasa bertenang dan jangan tertekan,” jelasnya.

Untuk info, Amira dan pelakon Fattah Amin selamat diijabkabul pada 14 September 2025.

Amira selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 22 Jun lepas. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Mak ayah dia banyak haters’ – Amira ‘simpan’ wajah Jarir appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved