”Mak Dan Ayah Dia Banyak Haters” – Amira Othman Jawab Persoalan Netizen

Family & ParentingLifestyle
10 Sep 2026 • 1:19 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Penyanyi, Amira Othman terbuka berkongsi pengalaman bersalin cahaya mata pertamanya menerusi kaedah pembedahan.

Menurut laporan Kosmo, Amira berkata setiap ibu mempunyai perjuangan tersendiri ketika melahirkan anak dan tidak sepatutnya wujud perbandingan mengenai cara bersalin.

Saya buat pembedahan. Tetapi saya selalu beritahu terutama bila buat sesi siaran langsung, tak kisahlah bersalin secara pembedahan atau normal, susu formula atau susu badan.

Amira Othman jawab kenapa tak kongsi wajah anak

Image from: ”Mak Dan Ayah Dia Banyak Haters” – Amira Othman Jawab Persoalan Netizen

Amira juga menjawab persoalan ramai kenapa dirinya tidak mendedahkan wajah anaknya kepada umum.

Insya-Allah apabila sesuai pada waktunya nanti, kita pasti akan kongsikan kepada peminat.

Bagi saya biarlah dia melalui kehidupan kanak-kanak seperti yang lain asalkan dia dipelihara. Maklumlah mak dan ayah dia ada banyak ‘haters’.

Amira berkata, apa yang lebih penting adalah kemampuan seorang ibu untuk memberikan yang terbaik kepada anak masing-masing.

Yang penting kita dapat beri apa yang termampu untuk melindungi anak.

Dalam masa sama, Amira turut berkongsi bahawa ibunya agak tegas dalam soal berpantang dan dia memilih untuk mengikut segala nasihat yang diberikan.

Ibu saya agak tegas, jadi saya memang ikut pantang betul-betul dan paling penting tidak mahu stres. Suami pun selalu pesan supaya sentiasa bertenang dan jangan tertekan.

Timang cahaya maya pada 3 bulan lepas

Image from: ”Mak Dan Ayah Dia Banyak Haters” – Amira Othman Jawab Persoalan Netizen

Untuk info, Amira Othman dan pelakon Fattah Amin selamat diijabkabulkan pada 14 September 2025.

Pasangan itu kemudiannya menimang cahaya mata pertama pada 23 Jun lalu.

Apa yang dikongsikan Amira pastinya menjadi peringatan buat para ibu bahawa setiap pengalaman bersalin berbeza dan tidak perlu dibandingkan dengan orang lain.

Nota Oh! Media:
Setiap ibu ada perjalanan masing-masing. Bersalin normal atau pembedahan, susu badan atau formula, yang penting ibu dan anak sihat serta mendapat penjagaan sebaiknya. Jangan mudah menghukum atau membandingkan perjuangan ibu lain.

Sumber: Kosmo
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.

The post ”Mak Dan Ayah Dia Banyak Haters” – Amira Othman Jawab Persoalan Netizen appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved