“Mak Saya Tak Tahu Isu Semasa…” – Cik B Perjelas Video DSV ‘Petik’ Nama Que Haidar Depan Linda Jasmine

EntertainmentLifestyle
6 Apr 2026 • 7:22 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pempengaruh dan anak kepada usahawan popular Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B tampil memohon maaf selepas tular video ibunya berbual dengan Linda Jasmine di malam Talk To My Manager (TTMM).

Dalam video itu, DSV dilihat memuji perwatakan Que ketika bekerja bersama-sama di Singapura. Kata DSV, Que seorang yang baik hati walaupun pada awalnya kelihatan sombong.

Bekas isterinya Linda hanya mengangguk sambil tersenyum sebelum anaknya, Ratu datang menyapa DSV.

Cik B mohon maaf, jelaskan ibu tak tahu isu

Menerusi satu perkongsian, Cik B memohon agar orang ramai tidak salah faham dengan situasi yang berlaku dalam video tersebut.

View on Threads

Katanya, DSV sebenarnya tidak mengikuti perkembangan isu semasa yang sedang tular di platform Threads, sekali gus menjadi punca mengapa topik tersebut dilihat ‘out of context’.

Pssttt! Kadang-kadang dalam dunia media sosial, satu video pendek boleh mencetuskan pelbagai spekulasi. Tapi bila dah ada penjelasan, mungkin kita kena lebih berhati-hati sebelum terus ‘judge’. Tak semua orang ikut semua platform atau tahu setiap isu yang tengah viral.

Kredit: Threads Cik B
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Mak Saya Tak Tahu Isu Semasa…” – Cik B Perjelas Video DSV ‘Petik’ Nama Que Haidar Depan Linda Jasmine appeared first on Oh! Media.