Makan Dengan CEO Columbia Records, Rosé BP Bakal Berkolaborasi Dengan Beyoncé?

Music
16 Oct 2023 • 4:49 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Rosé nak kolaborasi dengan Columbia Records atau Beyoncé ke ni?

Baru-baru ini, Rosé BLACKPINK sekali lagi meraih perhatian ramai selepas didapati keluar makan bersama dengan CEO syarikat Columbia Records.

Rata-rata netizen telah membuat spekulasi yang mengatakan bahawa ahli BLACKPINK itu mungkin bakal melakukan kemunculan semula dengan kerjasama bersama syarikat itu.

image is not available

Foto yang tular itu bukan sahaja mencetuskan keterujaan tentang penampilan semulanya, malah peminat juga teruja dengan spekulasi kolaborasi bersama dengan syarikat daripada Amerika Syarikat tersebut.

Tambahan pula, peminat juga meluahkan keinginan mereka untuk melihat Rosé bekerjasama dengan salah seorang penyanyi dibawah naungan Columbia Records iaitu Beyoncé. Malah, keinginan itu telah disokong ramai selepas Rosé didapati pernah menghadiri salah satu parti Beyoncé.

Rata-rata komen peminat ialah,

Kolaborasi dengan Beyoncé mesti daebak!

 

Saya berharap agar album solo barunya berjaya!

 

Adakah kita akan dapat kolaborasi di antara Rosé dan Beyoncé?

 

Saya suka sangat suara Rosé jadi saya harap dia akan buat penampilan semula dengan cepat! Dan harap-harap album ini mempunyai lebih daripada 5 lagu!

 

Apa jadi kalau Rosé sebenarnya tengah tandatangan kontrak dengan syarikat itu?

 

Saya rasa Rosé berkawan dengan Beyoncé dekat parti baru-baru ini dan mereka ingin berkolaborasi. Saya teruja dengan perkara ini selepas CEO Columbia Records mengikuti Rosé di sosial media.

Pendapat korang pula macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.