Makan Hingga Puas, Anda Perlu Cuba Buffet Durian Berpatutan Di Jalan Abell Kuching Ini

24 Sep 2023 • 8:56 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Buffet durian murah di Kuching!

Makan Hingga Puas, Anda Perlu Cuba Buffet Durian Berpatutan Di Jalan Abell Kuching Ini. Buat penggemar buah durian di luar sana, inilah masanya untuk anda menikmati ‘The King of Fruits‘ ini di Kuching!

Musim yang dinanti-nantikan oleh ramai pencinta durian telah tiba, di Kuching kini dibanjiri dengan jualan buah yang lazat kegemaran ramai ini.

image is not available
Makan Hingga Puas, Anda Perlu Cuba Buffet Durian Berpatutan Di Jalan Abell Kuching Ini

Buffet durian RM 22 sahaja

Menawarkan buffet buah durian yang segar dengan harga amat berpatutan, anda boleh menikmati seberapa banyak buah lazat ini di Kampung Durian yang terletak di sebelah Ambank Padungan, Jalan Abell Kuching.

Hanya RM 22, anda boleh makan buah durian hingga puas! Memang berbaloi kan?

image is not available
Kredit gambar: FB Aazizi Aaziz

Seperti yang kita tahu, harga durian memang agak mahal kerana buah ini merupakan buah bermusim dan permintaannya pula amatlah tinggi.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati durian sepuas hati dengan hanya membayar harga berpatutan di Kampung Durian yang terletak sebelah Ambank Padungan di Jalan Abell Kuching!

Selain durian, tahukah anda kini juga musim buah terap dan dabai di Sarawak: