Makan semeja, tetapi masing-masing tinggal dunia berbeza

Family & ParentingLifestyle
28 Oct 2026 • 7:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Makan semeja, tetapi masing-masing tinggal dunia berbeza
Jangan sampai suatu hari nanti, meja makan masih penuh dengan makanan, tetapi sudah tiada cerita untuk dikongsi. - Gambar hiasan

DULU, waktu makan ialah masa paling meriah dalam sesebuah keluarga. Ada yang bercerita tentang sekolah, berkongsi kisah di tempat kerja, malah ada juga yang bergaduh berebut lauk kegemaran.

Hari ini, suasananya mungkin berbeza. Ayah leka menatal telefon, ibu sibuk membalas mesej, anak-anak pula asyik menonton video.

Masing-masing duduk berdekatan, tetapi fikiran entah terbang ke mana. Kalau makanan boleh bercakap, mungkin lauk di atas meja pun sudah merajuk kerana tidak dipandang.

Di restoran pula, ada yang sanggup susun makanan, mencari sudut paling cantik dan mengambil berpuluh-puluh gambar sebelum suapan pertama.

Tidak salah menggunakan telefon atau berkongsi momen di alam maya. Teknologi memang memudahkan kehidupan. Namun, apabila setiap detik perlu dirakam, kita mungkin terlepas sesuatu yang jauh lebih berharga daripada jumlah tanda suka.

Anak yang bercerita tentang sekolah mungkin hanya mahu perhatian. Pasangan yang bertanya tentang hari masing-masing mungkin sekadar mahu didengari.

Namun, jika mata sentiasa tertumpu pada skrin, jangan terkejut apabila suatu hari nanti mereka juga memilih untuk diam.

Tidak salah meletakkan telefon seketika ketika makan bersama keluarga. Dunia maya tidak akan lenyap hanya kerana kita lambat membalas mesej beberapa minit.

Kerana akhirnya, kenangan paling bermakna bukan semestinya yang berjaya dirakam dengan kamera, tetapi yang benar-benar kita luangkan masa untuk menikmatinya.

Jangan sampai suatu hari nanti, meja makan masih penuh dengan makanan, tetapi sudah tiada cerita untuk dikongsi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved