Makanan segar guna SARA? Kerajaan masih teliti, utama kualiti pengguna

LocalFood
4 Aug 2026 • 9:30 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan masih meneliti cadangan untuk memasukkan makanan segar dalam Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kerana mahu memastikan aspek kualiti, keselamatan makanan serta jaminan kepada pengguna dipenuhi sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

Menurut laporan Kosmo! Online, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, sebagai langkah permulaan, kerajaan terlebih dahulu memperluaskan kategori barangan di bawah program itu dengan memasukkan makanan sejuk beku bermula Februari lalu.

“Bagi barangan basah, kerajaan masih menjalankan kajian lanjut bagi memastikan aspek kualiti, keselamatan makanan dan jaminan kepada pengguna dapat dipelihara sebelum sebarang keputusan muktamad dibuat.
“Oleh yang demikian, kerajaan telah mengambil tindakan untuk meluaskan senarai kategori barangan Sara sedia ada kepada kategori makanan sejuk beku terlebih dahulu pada bulan Februari 2026 sebagai kategori baharu,” katanya.
Image from: Makanan segar guna SARA? Kerajaan masih teliti, utama kualiti pengguna

Foto: JAPEN

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Tan Sri Low Kian Chuan yang ingin mengetahui sebab makanan segar belum dimasukkan dalam pelaksanaan Program SARA, pada persidangan Dewan Negara pada Isnin.

Dalam perkembangan sama, Amir Hamzah memaklumkan kerajaan kini telah melibatkan lebih 14,000 kedai runcit dan pasar raya sebagai Rakan Niaga SARA, termasuk lebih 6,000 kedai runcit berskala kecil serta koperasi peruncitan.

Menurut beliau, langkah berkenaan bukan sahaja membolehkan penerima memanfaatkan kuasa beli mereka untuk mendapatkan barangan keperluan asas pada harga berpatutan, malah membuka lebih banyak peluang kepada peniaga kecil menyertai ekosistem peruncitan negara.

Image from: Makanan segar guna SARA? Kerajaan masih teliti, utama kualiti pengguna

Foto arkib: IG Kementerian Kewangan

Beliau turut menjelaskan kebanyakan kedai serbaneka tidak memenuhi syarat sebagai Rakan Niaga SARA kerana tidak menjual barangan keperluan asas yang ditetapkan di bawah program itu, termasuk beras dan minyak masak.

Sementara itu, kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan penyertaan kedai runcit kecil kepada 10,000 premis menjelang penghujung tahun ini.

Pada masa sama, kerajaan berusaha mengurangkan jarak akses ke kedai runcit terdekat daripada 10 kilometer kepada tujuh kilometer.

Tambah beliau, jumlah Rakan Niaga SARA akan terus diperluaskan secara berperingkat bagi memudahkan akses kepada hampir sembilan juta penerima Sara Bulanan serta 22 juta penerima SARA Untuk Semua.

Sumber: Kosmo! Online (Amir Haikal Kamarudin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved