Makanan Tradisi Malaysia Jadi Milik Negara Jiran, Pihak Bertanggungjawab Tak Buat Kerja Ker? - Netizen

Food
10 Jan 2023 • 5:29 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Bila ditanya kepada pelancong yang datang ke Malaysia sebab kenapa negara ini menjadi pilihan adalah makanan yang ada di negara ini. Makanan di Malaysia memang tidak dapat kita nafikan antara yang terbaik sehingga pelancong mahupun mereka yang memilih untuk bekerja di sini juga sangat sukakan makanan kita.

Tahun lalu CNN melalui portalnya telah menyenaraikan 50 makanan paling enak di seluruh dunia versi pilihan pembaca. Dalam banyak-banyak yang ada, tak sangka hidangan Malaysia pun tersenarai juga! Menu yang menjadi pilihan tidak lain dan tidak bukan adalah Penang Assam Laksa! Wahhhh, memang membanggakan.

Namun entah di mana silapnya makanan kita seakan hilang "power" sehingga terlihat negara-negara jiran lagi serius dalam menjaga idendititi makanan mereka.

image is not available

Apakah kerana pihak yang sepatutnya bertanggungjawab di dalam memelihara khazanah negara tidak menjalankan kerja? Atau mungkin ianya tidak dianggap penting sehingga perkara sebegini boleh berlaku berulang kali? Adakah promosi atau usaha yang dilakukan tidak cukup untuk meletakkan makanan kita sepopular negara jiran?

Pelbagai persoalan mula bermain di fikiran rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai latarbelakang ini.

Terbaharu netizen sekali lagi mula hilang sabar apabila melihat 10 senarai makanan yang popular di Asia Tenggara tiasa satu pun milik Malaysia. Padahal jika nak dibandingkan makanan kita jauh lagi sedap.

Malaysia Negara Yang Baik Hati

Menjawab kepada persoalan kenapa perkara sebegini sering berulang. Kita sebagai rakyat Malaysia dididik untuk memiliki jiwa yang baik. Dari kecil lagi ibubapa ajar kalau ada sesuatu yang tak puas hati mesti jawapan dia "ala biar je lah dia". Bila dah terbiasa dengan cara seperti ini, inilah jadinya.

Namun apa yang melibatkan maruah dan kedaulatan negara, bendaa seperti ini tidak sepatutnya dipandang enteng.

50 MAKANAN PALING SEDAP DI DUNIA VERSI CNN

1. Rendang, Indonesia

image is not available

2. Nasi Goreng, Indonesia

image is not available

3. Sushi, Jepun

image is not available

4. Tom Yam Goong, Thailand

image is not available

5. Pad Thai, Thailand

image is not available

6. Som Tam (Papaya Salad), Thailand

image is not available

7. Dim Sum, Hong Kong

image is not available

8. Ramen, Jepun

image is not available

9. Itik Peking, China

image is not available

10. Kari Massaman, Thailand

image is not available