“Perlu Ke Buka Aib Dia, Patutlah Suami Curang” – Netizen Kecam Tindakan Isteri ‘Abang Wiring’ Serang Guru Penyondol?

27 May 2025 • 12:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, isu yang melibatkan wanita yang merupakan seorang guru berlaku curang dengan lelaki digelar sebagai ‘Abang Wiring’ masih menjadi perbualan hangat di kalangan warganet.

Wajah guru penyondol tersebar

Di platform X, tular video isteri ‘abang wiring’ tersebut menyerang guru berkenaan tetapi video itu tidak menutup wajah guru terbabit.

Dapat dilihat dalam video tersebut, isteri ‘abang wiring’ itu serta rakan-rakannya mendesak guru itu untuk membuka telefon bimbitnya untuk menunjukkan mesej bersama lelaki berkenaan, namun guru itu memberi banyak alasan serta membuat muka sedih.

image is not available

Biarpun ramai yang memahami rasa amarah isteri ‘abang wiring’ tersebut ketika itu, tetapi masih ada juga segelintir individu yang menyebelahi guru terbabit.

Netizen back-up guru dan ‘abang wiring’?

Menurut netizen yang back-up guru itu, mereka merasakan si isteri tidak perlu membawa rakan-rakannya untuk menyerang seperti itu dan membuka aib guru tersebut.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang tidak berhati perut mengatakan mungkin disebabkan sikap ‘kecoh’ si isteri, ia menyebabkan ‘abang wiring’ itu mencari perempuan lain serta berlaku curang.

image is not available

Sekadar info, semalam, bekas suami guru berkenaan bersuara dan menyatakan wanita itu telah berlaku curang terhadap dirinya selepas baru tiga bulan mendirikan rumah tangga.

image is not available 22 hours ago

"Tiga Bulan Berkahwin, Dah Kantoi.. Saya Malu Sangat" - Didakwa Dayus Diamkan Diri, Bekas Suami Cikgu Curang Dengan 'Abang Wiring' Bersuara