Selepas muncul dalam “My Sweet Mobster”, Uhm Tae-goo tak dinafikan semakin dikenali ramai!
Terbaru, Uhm Tae-goo telah mengumumkan tentang acara perjumpaan peminatnya yang akan diadakan pada 28 September ini di Seoul.
Khususnya, ini adalah perjumpaan peminat pertama pelakon lelaki itu selepas 17 tahun debut, dengan niat untuk membalas kasih sayang orang yang sentiasa menyokongnya.
View this post on Instagram
Melihat poster yang dikongsi, Uhm Tae-goo nampak berbeza dari sisi biasa yang dikongsi dalam naskhah lakonannya, dengan memakai baju tidur berwarna pastel sambil memegang belon.
Sementara itu, tiket untuk untuk perjumpaan peminatnya akan mula dijual pada 2 September ini jam 7 malam.
Jangan lepaskan peluang!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Makin Popular, Uhm Taegoo Bakal Adakan ‘Fan Meeting’ Buat Kali Pertama Selepas 17 Tahun Debut first appeared on KimchiDaily.my.





