Makin ramai sedar penting kuasai banyak bahasa

26 Feb 2024 • 1:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PUTATAN: Ahli Parlimen Putatan Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata semakin ramai ibu bapa bukan Cina di Putatan menghantar anak mereka ke sekolah Cina.

Katanya, senario ini menunjukkan kesedaran dalam kalangan Bumiputera tentang kepentingan menguasai bahasa selain bahasa Melayu dan Inggeris.

“Ini satu perkembangan yang sangat baik kerana apabila rakyat kita dapat menguasai lebih daripada tiga bahasa dan boleh berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain, ini sudah tentu dapat mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena perayaan Chap Goh Meh anjuran bersama Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Masyarakat Cina Putatan dan Pusat Khidmat Rakyat Putatan di Dataran Domoi, Putatan pada Sabtu.