
Kualiti udara di ibu negara, Kuala Lumpur terus menunjukkan impak positif sejak semalam susulan hujan yang terus membasahi bumi tanah air.
Pagi ini, bacaan indeks kualiti udara (US AQI) di Kuala Lumpur merekodkan serendah 17, berada dalam kategori Baik dengan kepekatan partikel halus PM2.5 hanya pada 3 mikrogram per meter padu.

"Hari ni air quality kita dengan air quality dekat Switzerland sama Alhamdulilah"
Bacaan berkenaan juga duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negara-negara yang sering sinonim dengan alam sekitar yang bersih.

Bahkan, bacaan berkenaan kini sama dengan Bern, Swirtzerland yang merekodkan bacaan AQI serendah 17.
Kualiti Udara Kuala Lumpur Setanding 'Negara Alam Sekitar'
Semalam tular perkongsian seorang pengguna, mencuri perhatian ramai dia memuat naik tangkap layar perbandingan kualiti udara semasa antara Kuala Lumpur dan New Zealand.
Lebih mengejutkan AQI Kuala Lumpur adalah lebih baik daripada bandar berkenaan dengan bacaan AQI serendah 23.
Perkembangan berkenaan turut mendapat perhatian rakyat Malaysia setelah sekian lama menyifatkan tidak dapat melihat pemandangan langit biru akibat jerebu.
Tiupan Angin Monsun Timur Laut
Perubahan kualiti udara yang mendadak ini berkait rapat dengan perubahan corak tiupan angin semasa.
Baca juga:Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bermula pada 27 Oktober 2026 dan berterusan sehingga Mac 2027.
Menurut MetMalaysia, semasa MTL, lazimnya angin bertiup secara konsisten dari arah timur laut.
Dalam pada itu, semasa fasa awal MTL dari November 2026 hingga Januari 2027, sebanyak tiga hingga lima episod hujan lebat berterusan dijangka berlaku.
Keadaan itu berpotensi mengakibatkan kejadian banjir, khususnya di kawasan berhampiran sungai dan kawasan rendah.
Selain itu, tiupan angin timur laut yang berterusan dan kencang juga boleh menyebabkan laut bergelora serta meningkatkan risiko kenaikan paras laut di perairan Laut China Selatan.






