Jerebu: 16 kawasan masih catat IPU tidak sihat

LocalEnvironment
23 Oct 2026 • 3:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jerebu: 16 kawasan masih catat IPU tidak sihat
Seremban mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 158.

SHAH ALAM - Sebanyak 16 kawasan pemantauan kualiti udara di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 2 petang pada Jumaat, dengan Seremban mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 158.

Berdasarkan data terkini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia merekodkan bacaan IPU 157, diikuti Klang dan Nilai masing-masing 156.

Stesen lain yang turut mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Batu Muda (155), Petaling Jaya dan Shah Alam masing-masing 153 dan 152, Bukit Rambai dan Tangkak masing-masing 152 manakala Sri Aman (152), Bandaraya Melaka dan Batu Pahat masing-masing 151.

Selain itu, Banting merekodkan bacaan IPU 145, diikuti IPD Serian (128), Putrajaya (125) dan Alor Gajah (108).

Sementara itu, sebanyak 50 kawasan merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana, manakala dua kawasan iaitu Langkawi dan Kemaman berada pada tahap baik daripada keseluruhan 68 kawasan pemantauan di seluruh negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved