Maklum balas rakyat pandu pelaksanaan dasar kerajaan - Chin Tong

LocalPolitics
5 Nov 2026 • 12:36 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Maklum balas rakyat pandu pelaksanaan dasar kerajaan - Chin Tong
Chin Tong ketika memberi penjelasan dalam program Cerita Kedai Kopi: Bangi Bedah Belanjawan 2027 di Bangi, pada Rabu.
Image from: Maklum balas rakyat pandu pelaksanaan dasar kerajaan - Chin Tong
Syahredzan ketika program Cerita Kedai Kopi: Bangi Bedah Belanjawan 2027 di Bangi.

BANGI - Pandangan masyarakat di peringkat akar umbi penting dalam membantu kerajaan memastikan dasar yang dirangka dapat dilaksanakan secara berkesan.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, maklum balas rakyat turut menjadi asas kepada penambahbaikan dan penyelarasan dasar sedia ada agar pelaksanaannya lebih bersesuaian dengan keperluan semasa.

"Isu gaji sudah jelas dan pendirian kerajaan pun jelas. Jadi saya rasa kali ini reka bentuk dasar sangat jelas.

"Dari segi isu pengangkutan dan isu lain yang tidak semestinya mempunyai maklumat terperinci, saya akan bawa balik (ke kementerian) dan mendapatkan maklumat lanjut," katanya ketika ditemui selepas program Cerita Kedai Kopi: Bangi Bedah Belanjawan 2027, di sini pada Rabu.

**media[3700318]**

Beliau menjelaskan, sesi libat urus seumpama itu memberi peluang kepada kerajaan mendapatkan maklum balas secara langsung, sekali gus membantu kementerian mengenal pasti aspek pelaksanaan dasar yang memerlukan penambahbaikan.

Justeru Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu memaklumkan, pendekatan sedemikian akan diperluaskan ke kawasan Parlimen lain pada masa akan datang.

Sementara itu Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, program berkenaan dianjurkan bagi memastikan maklumat berkaitan Belanjawan 2027 dapat disampaikan terus kepada masyarakat, selain memberi ruang kepada penduduk menyuarakan permasalahan di kawasan masing-masing.

Menurutnya, antara perkara utama yang dibangkitkan dalam sesi dialog itu melibatkan isu kejiranan, perbandaran dan pengangkutan.

"Kerajaan tidak boleh menganggap bahawa tahu semuanya. Pendekatan bahawa kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir.

"Kerajaan harus bertindak berdasarkan maklum balas dalam menetapkan dasar, tetapi pada masa sama tidak boleh mengetepikan pandangan rakyat. Itu yang paling penting," ujarnya.

Beliau turut memaklumkan terdapat perancangan untuk memperluas program seumpama itu dengan membawa menteri daripada kementerian lain bagi membincangkan isu khusus, termasuk berkaitan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved