Maksud Sebenar “CC” Dalam Pilihan Subtitles

29 Jul 2025 • 11:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Maksud Sebenar “CC” Dalam Pilihan Subtitles

Bila kita menonton video atau filem dalam bahasa asing, perkara pertama yang biasanya kita cari ialah butang “subtitles” atau sari kata.

Dengan adanya sari kata, kita boleh faham apa yang sedang berlaku dalam cerita dan lebih seronok untuk menonton.

Tapi, pernah tak korang perasan bahawa dalam pilihan sari kata, kadangkala ada dua jenis yang berbeza? Satu ialah sari kata biasa, manakala satu lagi ada tanda “(CC)” di tepinya. Contohnya “English” dan “English (CC)”.

Pernah tertanya-tanya apa maksudnya?

Menurut penjelasan pengguna TikTok @risbyte, “CC” ialah singkatan untuk Closed Captions. Nampak sama macam subtitle biasa, tapi sebenarnya ada fungsi tambahan.

Kalau korang pilih subtitle biasa, hanya dialog atau percakapan yang akan keluar di skrin.

Tapi kalau korang pilih yang ada “(CC)”, bukan saja dialog ditunjukkan, tapi juga bunyi-bunyi yang berlaku dalam video akan diterangkan.

Contohnya:

  • (bunyi petir)
  • (muzik sedih)
  • (orang ketawa di latar belakang)

Semua bunyi ni akan diterangkan dalam kurungan supaya penonton lebih faham suasana video tu.

Kesimpulannya, beza antara keduanya adalah:

  • Subtitles biasa = hanya dialog
  • CC (Closed Captions) = dialog + bunyi dalam video

Siapa guna “CC”?

Sebenarnya, “CC” ini dibuat khas untuk orang yang kurang pendengaran atau pekak. Tapi ramai juga orang lain guna CC sebab:

  • Nak faham jalan cerita dengan lebih jelas
  • Tonton dalam suasana bising
  • Bunyi video perlahan atau tak jelas
  • Nak tahu suasana dalam cerita (seram, sedih, lawak dan sebagainya)