Maksud Warna Baju Jururawat Di Hospital Yang Ramai Tak Tahu

LocalHealth & Fitness
12 May 2026 • 3:50 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Maksud Warna Baju Jururawat Di Hospital Yang Ramai Tak Tahu

Maksud Warna Baju Jururawat Di Hospital Yang Ramai Tak Tahu

Kesihatan merupakan antara aspek terpenting dalam kehidupan kerana ia memberi kesan besar terhadap kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat.

Dalam memastikan sistem kesihatan berjalan lancar, pelbagai pihak memainkan peranan penting termasuk petugas barisan hadapan yang sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.

Tugas menjaga dan merawat pesakit bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan kesabaran, ketabahan serta kecekapan yang tinggi.

Malah, golongan petugas kesihatan juga perlu berdepan pelbagai cabaran setiap hari demi memastikan setiap pesakit menerima rawatan dan perhatian sewajarnya.

Sempena sambutan Hari Jururawat yang diraikan pada 12 Mei setiap tahun, jasa dan pengorbanan golongan jururawat wajar dihargai kerana mereka merupakan antara individu penting dalam sistem kesihatan negara.

Dedikasi serta komitmen mereka dalam menjaga kebajikan pesakit menjadi simbol keikhlasan dan kemanusiaan yang tidak ternilai.

Hari ini, SK akan kongsikan maksud warna baju beruniform jururawat di hospital kerajaan yang mungkin ramai masih belum tahu.

Maksud Warna Baju Seragam Jururawat di Hospital Kerajaan

Barisan hadapan warga kerja kejururawatan kami mewakili jenis-jenis uniform mengikut tugasan:

Penyelia Jururawat — Berbaju Biru Gelap

  • Mereka adalah tonggak pengurusan dan pentadbiran, memastikan standard penjagaan pesakit dikekalkan di seluruh jabatan atau hospital.

Image from: Maksud Warna Baju Jururawat Di Hospital Yang Ramai Tak Tahu
Kredit: Facebook @Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru

Ketua Jururawat — Berbaju Biru Cair

  • Peneraju di setiap wad atau unit. Mereka bertanggungjawab menyelia jururawat terlatih dan memastikan operasi wad berjalan lancar setiap hari.

Jururawat Terlatih — Berbaju Putih

  • Barisan hadapan yang sentiasa berada di sisi pesakit, memberikan penjagaan klinikal secara langsung dan rawatan harian dengan penuh dedikasi.

Terima kasih kepada semua jururawat atas jasa, kesabaran dan pengorbanan anda!

Baca juga:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved