Malam Pilu di Mesapol, Jenazah Zara Qairina Selamat Disemadi Semula

10 Aug 2025 • 11:33 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

SIPITANG – Jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir selamat dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, di sini pada jam 1.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sipitang, Superintenden Awang Anak Suanda mengesahkan proses pengebumian selesai tanpa sebarang masalah.

Jenazah Tiba Tengah Malam

Terdahulu, jenazah pelajar SMKA Tun Datu Mustapha, Papar itu tiba di tanah perkuburan pada jam 12.42 tengah malam, diiringi pihak polis, bersama ibu, datuk dan nenek arwah.

Bedah Siasat Berjalan Lancar

Proses pengebumian semula dilakukan selepas bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) bagi mengenal pasti punca kematian. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda memaklumkan proses tersebut berjalan lancar.

“Semua ok, tiada masalah… Alhamdulillah, tiada sebarang kekacauan,” katanya.

Kubur Allahyarham digali semula Sabtu lalu atas arahan Jabatan Peguam Negara. Pelajar tingkatan satu itu disahkan meninggal dunia di HQE pada 17 Julai lalu, sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolah pada jam 4 pagi. – The Malaysian Update

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved