“Hasil Ikat Perut, Akhirnya Dapat!” – Arwah Zara Simpan Duit 2 Bulan Nak Beli Kasut, Kini Hanya Tinggal Kenangan

11 Aug 2025 • 10:11 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Dapat dilihat melalui platform media sosial, warganet membanjiri luahan sedih serta rasa marah selepas tular posting lama milik Allahyarham Zara Qairina tular semula.

Melalui posting yang dimuat naik pada 5 Disember 2024 itu, arwah dilihat meluahkan rasa bangga dan gembira kerana berjaya membeli kasut idaman jenama ASICS selepas dua bulan menabung duit sekolah.

Hasil ikat perut… simpan duit belanja sekolah selama 2 bulan, akhirnya dapat beli kasut ASICS berharga RM++.

Lagi membuatkan posting tersebut menyentuh hati ramai, selepas kematian Zara dikaitkan dengan kes membuli.

Biarpun bukan ahli keluarga mangsa, tetapi jelas dilihat individu yang memuat naik hantaran terbabit berasa marah serta simpati atas kejadian yang menimpa remaja berumur 13 tahun itu.

image is not available 2025-08-11 09:48:30

"Memang Ada Patah, Seperti Yang Tular" - Peguam Sahkan Ada Kecederaan Pada Jasad Zara Qairina