Malang! Jurulatih Liga Super pertama direhatkan serta merta

FootballSports
2 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Malang! Jurulatih Liga Super pertama direhatkan serta merta

Kekalahan kepada Melaka 1-2 menjadi punca ketua jurulatih Penang, Wan Rohaimi Wan Ismail, menjadi jurulatih pertama yang direhatkan berkuat kuasa serta merta dalam saingan Liga Super musim ini.

Kemas kini kedudukan carta menyaksikan Harimau Kumbang berada di kelompok penyingkiran di tempat kedua terburuk (11), empat mata di atas pasukan tercorok, Kelantan Red Warrior.

Sepanjang tempoh Wan Rohaimi mengendalikan Penang, mereka hanya mengutip satu kemenangan dan mengalami empat kekalahan, selain satu keputusan seri selepas enam perlawanan.

Menerusi kenyataan rasmi, Penang mengesahkan pengarah teknikal pasukan, Victor Andrag, akan mengambil alih tugas selaku ketua jurulatih buat masa ini. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved