Penang FC rehatkan Wan Rohaimi, Victor Andrag ambil alih tugas ketua jurulatih

LocalFootball
1 Nov 2026 • 11:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Penang FC rehatkan Wan Rohaimi, Victor Andrag ambil alih tugas ketua jurulatih
Wan Rohaimi direhatkan daripada tugasnya berkuat kuasa serta-merta. Foto FB Penang FC

KETUA Jurulatih Penang FC, Wan Rohaimi Wan Ismail direhatkan daripada mengendalikan pasukan itu berkuat kuasa serta-merta.

Penang FC dalam kenyataan malam ini memaklumkan keputusan itu dibuat susulan kekalahan 1-2 kepada Melaka FC dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya di sini petang tadi.

"Sehubungan dengan itu, Pengarah Teknikal Penang FC, Victor Andrag akan mengambil alih tugas sebagai Ketua Jurulatih pasukan berkuat kuasa serta-merta,” menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi kelab itu.

Prestasi skuad Harimau Kumbang dilihat hambar musim ini apabila menduduki tangga ke-11 liga selepas mengharungi enam perlawanan dengan mengutip empat mata hasil satu kemenangan dan satu keputusan seri.

Dalam perlawanan petang Ahad, Penang FC mengalami kekalahan keempat musim ini meskipun terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sepakan penalti kapten pasukan Stefano Brundo pada minit ke-62.

Namun, kealpaan tuan rumah membolehkan pemain tengah Melaka FC Dino Kalesic menyamakan kedudukan pada minit ke-72 sebelum Abdel Kader Coulibaly menyempurnakan sepakan penalti pada minit akhir permainan untuk memastikan skuad Hang Tuah membawa pulang tiga mata penuh.

Wan Rohaimi, 50, dilantik sebagai sebagai Ketua Jurulatih Penang FC pada November 2024. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved