Malaysia Airlines Sahkan Tiada Pendaratan Cemas Dilakukan Di Airport Miri

12 Feb 2023 • 5:02 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tiada pendaratan cemas dilakukan di Lapangan Terbang Miri.

Malaysia Airlines Sahkan Tiada Pendaratan Cemas Dilakukan Di Airport Miri. Semalam, dilaporkan salah sebuah daripada pesawat Malaysia Airlines yang membuat penerbangan dari Kuala Lumpur ke Miri telah membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Miri.

Pesawat MH2574 itu dilaporkan membawa 101 penumpang termasuk kanak-kanak. Laporan tersebut telah diterima pada jam 11 pagi semalam setelah pesawat tersebut dikatakan mempunyai masalah teknikal pada sayapnya.

image is not available
Malaysia Airlines Sahkan Tiada Pendaratan Cemas Dilakukan Di Airport Miri

Tiada pendaratan cemas dilakukan

Namun demikian, Malaysia Airlines pada hari ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada pendaratan cemas yang dilakukan semalam membabitkan pesawat MH2574 yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Miri di Lapangan Terbang Miri.

MAS menyatakan bahawa pesawat tersebut hanya mengalami anomali teknikal sahaja.

image is not available

Langkah berjaga-jaga

Sebagai langkah berjaga-jaga, kru Operasi telah meminta masa tambahan daripada Kawalan Trafik Udara (ATC) untuk melengkapkan senarai semak bagi memastikan pendaratan yang selamat.

Kru MAS tidak mengisytiharkan sebarang kecemasan kepada pihak Kawalan Trafik Udara.

Perkhidmatan Kecemasan diletakkan dalam mod berjaga-jaga sebagai langkah awal bagi memastikan keselamatan para penumpang Malaysia Airlines.

Lagi berita terkini buat anda di sini: