Malaysia Airlines Tawar Penerbangan Terus Ke Maldives Dengan Promosi Istimewa

Travel
2 Aug 2024 • 10:58 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Maldives sering disebut sebagai syurga tropika yang paling ideal, terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang menakjubkan dan resort mewah. Kini, pernebangan ke lokasi percutian tropika impian anda menjadi semakin mudah!

image is not available

Malaysia Airlines baru sahaja melancarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Maldives. Bermula semalam (1 Ogos) penerbangang terus Malaysia Airlines ke Maldives akan membawa anda ke pantai yang cukup indah.

Perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Velana di Malé, ibu kota Maldives, mengambil masa hanya 4 jam 15 minit.

image is not available

Perkhidmatan baharu ini, dengan kapasiti 174 penumpang, adalah destinasi ke-13 syarikat penerbangan itu di Asia Selatan. Malaysia Airlines terakhir mengendalikan penerbangan terus ke Maldives pada tahun 2017.

image is not available

"Dengan menawarkan penerbangan terus ke Maldives, kami berhasrat untuk menjadikan Malaysia Airlines sebagai pilihan utama bagi mereka yang mencari kemewahan dan kekayaan budaya," kata ketua pegawai eksekutif Kumpulan Penerbangan Malaysia, Ahmad Luqman Mohd Azmi.

Dengan pantai berpasir putih yang bersih, terumbu karang yang berwarna-warni yang dipenuhi dengan hidupan marin, dan bungalow atas air yang menawarkan pemandangan yang tiada tandingan di Lautan Hindi, Maldives telah menjadi sinonim dengan kemewahan dan relaksasi.

image is not available

Malaysia Airlines ini kini menawarkan tambang promosi penerbangan pergi balik untuk kelas ekonomi bermula dari RM899. Tempoh perjalanan untuk promosi ini adalah antara hari ini, 1 Ogos 2024, dan 30 Mac 2025.

Tempah penerbangan anda di laman web Malaysia Airlines atau aplikasi mudah alih sebelum promosi berakhir pada 31 Ogos.