Malaysia Airports sumbang RM5 juta untuk tabung rakyat Palestin

15 Oct 2023 • 4:28 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin, pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports memberi sumbangan RM5 juta kepada tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).

Pengerusinya, Tan Sri Zainun Ali berkata, selain sumbangan itu, anak syarikatnya iaitu Malaysia Airports (Niaga) Sdn Bhd (Eraman) dan rakan kongsi, selain penyewa komersial yang beroperasi di lapangan terbang di sini juga akan menyumbang kepada dana tersebut.

Beliau berkata, selain itu, kempen derma peringkat dalaman akan diadakan untuk menggalakkan pekerja Malaysia Airports membuat sumbangan peribadi, yang mana syarikat menyasarkan kutipan sehingga RM1 juta.

“Sebagai pengendali lapangan terbang utama negara, kami berada dalam kedudukan untuk memimpin rakan kongsi perniagaan kami dalam komuniti lapangan terbang untuk turut memberi impak.

“Kami berbangga mendapat sokongan anak syarikat kami, Malaysia Airports (Niaga) Sdn Bhd (Eraman) yang menyumbang RM100,000 untuk tujuan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, inisiatif itu juga akan menyaksikan Malaysia Airports memimpin komuniti lapangan terbang untuk memberi impak kolektif dengan menyumbang demi kebajikan mereka yang memerlukan.

“Terima kasih diucapkan kepada rakan komersial kami, kakitangan Malaysia Airports, serta semua pihak yang menyokong usaha ini bagi membantu rakyat Palestin yang amat memerlukan ketika ini,” katanya. - 15 Oktober, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved