Malaysia akan usir segera rakyat Israel jika dikesan berada di Network School, Forest City: Anwar

LocalPolitics
15 Jul 2026 • 2:19 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Malaysia akan usir segera rakyat Israel jika dikesan berada di Network School, Forest City: Anwar

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan mengusir dengan segera mana-mana rakyat Israel jika didapati terlibat dalam operasi 'Network School' di Forest City, yang didakwa disertai warga Israel.

Menurut Perdana Menteri, semua agensi keselamatan berkaitan kini sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan rakyat Israel dikesan memasuki Malaysia.

"Kita siasat … kita tidak izinkan. Kalau ada, tindakan mesti diambil. Kalau ada rakyat Israel kerana kita tidak iktiraf, mereka akan diusir segera.

"Ini semua agensi telah menjalankan siasatan. Saya percaya Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan beri jawapan,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sumbangan Khas Murid-Murid Wilayah Persekutuan A Celebration of Life and Peace anjuran ERM Foundation di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata kerajaan negeri memandang serius mengenai dakwaan terdapat warga Israel menyertai operasi Network School di Forest City termasuk dakwaan menggunakan pasport negara kedua.

Menurut Onn Hafiz, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta agensi keselamatan berkaitan diminta menjalankan semakan dan siasatan menyeluruh.

Jelasnya, kerajaan negeri tidak akan membenarkan mana-mana pihak menjadikan Johor sebagai tapak untuk membawa ideologi atau gerakan yang bercanggah dengan undang-undang, kedaulatan serta kepentingan negeri dan negara.

Kontroversi itu tercetus selepas beberapa pengguna media sosial mempersoalkan kehadiran Network School di Forest City, dengan ada hantaran mendakwa projek berkenaan menarik penyertaan usahawan asing, termasuk warga Israel yang memasuki Malaysia menggunakan pasport negara kedua. - 15 Julai, 2026

The post Malaysia akan usir segera rakyat Israel jika dikesan berada di Network School, Forest City: Anwar appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved