Malaysia Bangunkan Cecair Penyejuk Pusat Data Berasaskan Kelapa Sawit

LocalTechnology
10 Aug 2026 • 7:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pusat data ialah infrastruktur yang mempunyai reputasi negatif kerana menggunakan kuasa elektrik tinggi, generator kuasa berdengung siang dan malam serta menggunakan jumlah air yang tinggi. Pelbagai teknologi dibangunkan untuk mengurangkan penggunaan air seperti hanya sistem kitaran tertutup serta menggunakan air tebus guna.

Image from: Malaysia Bangunkan Cecair Penyejuk Pusat Data Berasaskan Kelapa Sawit
Sawit EcoTherm – Gambar oleh MPOB

Penyelidik dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) membangunkan cecair penyejuk rendaman berasaskan sawit bernama Sawit EcoTherm untuk digunakan oleh pusat data. Ia menawarkan penyejukan tanpa air, menggantikan menara penyejuk berasaskan penyejatan. Sistem penyejukan rendaman turut boleh mengurangkan penggunaan tenaga antara 30-50%.

Image from: Malaysia Bangunkan Cecair Penyejuk Pusat Data Berasaskan Kelapa Sawit
Gambar oleh MPOB

Sawit EcoTherm mengandungi sehingga 95% bahan bio yang boleh diperbaharui berasaskan sawit disamping bebas PFAS, mudah terbiodegradasikan, dan mempunyai ketoksikan ekologi rendah.

Pada ketika ini hanya sekitar 1% pusat data dunia menggunakan sistem penyejukan cecair penyejuk rendaman. Ini adalah kerana walaupun penggunaan air dan tenaga boleh dikurangkan, proses penyelenggaraan pusat data penyejukan cecair adalah lebih tinggi kerana komponen direndam sepanjang masa. Penggunaan storan dalam bentuk cakera turut tidak boleh digunakan juga atas sebab yang sama.

Sumber Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved