
PETALING JAYA: Skuad hoki negara meneruskan momentum positif dalam kempen Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2026 apabila membelasah Bangladesh 6-1, hari ini.
Dalam tersebut, Azrai Aizad Abu Kamal membuka tirai jaringan seawal minit ke-14 menerusi gol padang sebelum menggandakan kedudukan melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-22.
Bangladesh cuba merapatkan jurang menerusi jaringan pukulan sudut penalti Amirul Islam pada minit ke-26, namun Malaysia kembali menguasai permainan apabila Akhimullah Anuar Esook meledak gol ketiga Speedy Tigers tiga minit kemudian.
Azimuddin Syakir Kamaruddin turut mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-32 menerusi pukulan sudut penalti sebelum Shello Silverius menambah jaringan kelima negara menerusi gol padang seminit kemudian.
Malaysia terus mengukuhkan kedudukan apabila Nik Aiman Nik Rozemi menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-50 untuk melengkapkan kemenangan 6-1. – UTUSAN
The post Malaysia benam Bangladesh 6-1 appeared first on Utusan Malaysia.




