Malaysia kini antara negara yang berpotensi menjadi sasaran serangan siber susulan perkembangan keselamatan global dan ketegangan geopolitik antarabangsa.
Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di Dewan Rakyat pada 3 November lalu. Menurut beliau, perkara tersebut berdasarkan maklumat risikan yang diperoleh kerajaan, namun tidak semua butiran ancaman boleh didedahkan kepada umum.
AdvertisementView this post on Instagram
“Malaysia tentunya antara yang dianggap menjadi sasaran. Ada dua perkara (kenapa negara berpotensi menjadi sasaran). Pertama, kerana kekuatan kita dalam soal digital dan pusat data, (kita) antara terkuat, kalau dalam angka terakhir kekuatan kita itu boleh menyaingi Eropah.
“Kedua, kerana pendirian kita dalam beberapa isu yang dianggap kontroversi oleh sesetengah negara terutama Eropah dan Amerika (Syarikat), khususnya soal Palestin dan Gaza,” katanya.
Dalam masa sama, orang ramai turut diingatkan supaya tidak memandang ringan ancaman berkenaan dan segera memaklumkan kepada pihak berkaitan sekiranya mengesan sebarang pencerobohan atau gangguan digital.
Jadi, sementara kerajaan memperkukuh tahap keselamatan negara, kita juga boleh memainkan peranan dengan mengambil langkah berjaga-jaga bagi melindungi diri sendiri dan keluarga.
6 Langkah Asas Lindungi Diri Daripada Ancaman Siber
1. Gunakan kata laluan yang kuat
Cipta kata laluan sekurang-kurangnya 12 aksara dengan gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol. Elakkan menggunakan kata laluan yang sama untuk semua akaun, terutama akaun bank dan e-mel.

2. Aktifkan pengesahan dua faktor (2FA)
Tambahkan lapisan keselamatan pada akaun penting dengan mengaktifkan pengesahan dua faktor. Korang boleh menggunakan aplikasi pengesah seperti Google Authenticator atau kaedah keselamatan yang disediakan oleh platform berkenaan.

3. Kemas kini perisian secara berkala
Pastikan sistem operasi telefon, aplikasi dan perisian keselamatan sentiasa dikemas kini. Kemas kini ini penting kerana ia boleh menutup kelemahan keselamatan yang mungkin dieksploitasi penggodam.
4. Elakkan menggunakan Wi-Fi awam
Berhati-hati apabila menggunakan Wi-Fi percuma di tempat awam. Sebaiknya, elakkan melakukan transaksi perbankan atau memasukkan maklumat sensitif melalui rangkaian yang tidak diketahui tahap keselamatannya.

Free Wi-Fi sign hanging in traditional chinese street restaurant
5. Berwaspada dengan pautan dan e-mel mencurigakan
Jangan sewenang-wenangnya klik pautan atau membuka lampiran daripada penghantar yang tidak dikenali. Ia mungkin cubaan phishing untuk mencuri maklumat peribadi atau memasang perisian berbahaya pada peranti.
6. Sandaran Data (Backup)
Buat sandaran (backup) data untuk fail dan maklumat penting secara berkala ke pemacu keras luaran atau storan awam (cloud) mengelakkan kehilangan maklumat akibat serangan siber atau kerosakan peranti.

Jangan Panik, Tetapi Sentiasa Berwaspada
Walaupun Malaysia berpotensi menjadi sasaran ancaman siber, perkara itu bukan bermakna negara sedang berdepan serangan ketika ini.
Seperti yang ditegaskan Anwar, orang ramai perlu kekal tenang tetapi sentiasa berwaspada. Beliau turut mengingatkan supaya sebarang maklumat mengenai pencerobohan atau gangguan digital dan teknologi dimaklumkan segera kepada pihak berkaitan.
Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Jangan Minta Saya Campur Tangan" - Anwar Ibrahim Tegas Tindakan Terhadap Shuhaily Ikut Lunas Undang-Undang
The post Malaysia Berpotensi Jadi Sasaran Serangan Siber, Siap Sedia Lindungi Diri & Keluarga first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






