'Malaysia boleh pergi jauh di Piala Dunia'

LocalFootball
22 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

'Malaysia boleh pergi jauh di Piala Dunia'

Jurulatih skuad B-15 negara, P.Maniam, optimis  anak buahnya mampu melakar sensasi dengan melangkah jauh dalam edisi sulung Festival dan Piala Dunia B-15 2026 nanti.

Malaysia yang berada dalam Kumpulan H dijadualkan akan berdepan Republik Dominica sebelum menghadapi cabaran Syria, Ethiopia, Hungary dan Mexico di Hovsan Competition Complex. 

Kejohanan itu menyaksikan sebanyak 189 pasukan dari enam konfederasi telah diundi ke dalam 32 kumpulan akan membuka tirai pada 24 hingga 30 Oktober ini di Azerbaijan.

"Kami telah bermula dari Januari, kami juga telah sertai Piala Belia, dan baru-baru ini kami memanggil empat pemain dari Johor dan seorang dari Terengganu utnuk kita bawa ke pasukan.

 

 

    View this post on Instagram           

 

"Ini peluang untuk pemain. Kami akan berdepan Republik Dominika, Syria serta Mexico. Mereka ini pasukan yang kuat, pengalaman yang bagus.

"Kita boleh pergi jauh dalam perjuangan ini. Ini peluang untuk mereka untuk menunjukkan prestasi (terbaik) mereka.

"Setiap permainan, kami mahu tengok pemain begitu komited, memberi 100 peratus, lepas itu mereka harus berjaya dalam semua perjuangan.Itu tuntutan jurulatih kepada pemain." katanya.
 

 

Image from: 'Malaysia boleh pergi jauh di Piala Dunia'
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved