Malaysia Dijangka Menyaksikan Peningkatan Pelaburan Dari China – Selari Peningkatan Tarif Oleh Amerika Syarikat

TechnologyDigital
12 Jan 2025 • 1:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selari dengan Donald Trump yang akan menjadi Presiden Amerika Syarikat berkuat-kuasa bulan ini, kini Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkongsi kepada FT, mengatakan Malaysia dijangka menyaksikan peningkatan pelaburan daripada syarikat teknologi dan pembangun cip dari China.

Langkah ini dilihat selari dengan Donald Trump yang dijangka mengenakan tarif lebih tinggi kepada syarikat-syarikat China, yang mungkin mencapai sehingga 60%.

Pada hari ini, pelbagai syarikat daripada Amerika yang mempunyai operasi di Malaysia – terutamanya untuk pengeluaran semikonduktor di Pulau Pinang, dan juga pusat data di Johor. Walaupun firma Amerika Syarikat mendominasi sektor ini, Menteri Ekonomi mengatakan Malaysia mungkin melihat firma China mula meningkatkan pelaburan dalam usaha mereka mengurangkan tarif yang dikenakan Amerika Syarikat, disamping untuk memperluaskan pasaran untuk di luar China.

Pada masa yang sama, Menteri turut menyasarkan yang mana bergerak ke hadapan, pelbagai pelabur bukan melihat Malaysia untuk pengeluaran sahaja, tetapi melihat Malaysia memainkan peranan lebih utama dalam merekabentuk cip. Ini juga selari dengan sasaran untuk meletakkan Malaysia bukan sekadar pengeluar sahaja, tetapi bergerak ke atas dalam rantaian pengeluaran semikonduktor.