“Malaysia Jadi Negara Pertama Berjaya Pujuk Myanmar Terima Semula Rakyatnya” – Fahmi Fadzil

LocalPolitics
16 Oct 2026 • 4:29 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Malaysia mencatat satu kejayaan diplomatik apabila menjadi negara pertama di dunia yang berjaya meyakinkan Myanmar untuk menerima kembali rakyatnya yang berada di negara ini.

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kejayaan tersebut merupakan satu pencapaian membanggakan hasil usaha diplomatik kerajaan Malaysia.

Advertisement

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyifatkan persetujuan yang dicapai bersama Myanmar sebagai satu kejayaan luar biasa, lebih-lebih lagi apabila segala kos penghantaran pulang ditanggung oleh negara berkenaan.

Hantar Rohingya balik Myanmar

Fahmi berkata, kejayaan tersebut membuktikan usaha diplomatik Malaysia dalam menangani isu penghantaran pulang rakyat Myanmar telah membuahkan hasil.

Ini satu pencapaian luar biasa kerana seperti yang Perdana Menteri maklumkan, Malaysia merupakan negara pertama di dunia berjaya meyakinkan sebuah negara seperti Myanmar untuk menerima kembali pelariannya.

Fahmi Fadzil

Tambahnya, semua mereka dipulangkan pada kos yang ditanggung oleh pihak Myanmar dan perkara itu merupakan satu pencapaian diplomatik yang cukup membanggakan.

3,000 pelarian Myanmar dihantar pulang

Fahmi memaklumkan bahawa lawatan rasmi Presiden Myanmar, Min Aung Hlaing ke Malaysia pada 7 dan 8 Oktober lalu turut membuka ruang perbincangan bagi membolehkan lebih ramai rakyat negara berkenaan dihantar pulang.

InsyaAllah dalam masa terdekat, lebih 3,000 pelarian Myanmar pelbagai etnik akan mula dihantar pulang.

Sebelum ini, Malaysia telah melaksanakan fasa pertama penghantaran pulang melibatkan seramai 1,476 tahanan warga Myanmar menggunakan tiga kapal, termasuk sebuah kapal hospital milik Tentera Laut Myanmar.

3000 pelarian Myanmar dihantar pulang

Anwar Ibrahim turut memaklumkan bahawa kerajaan Myanmar bersedia membantu melancarkan proses penghantaran pulang rakyatnya secara besar-besaran, selain menanggung kos yang terlibat.

Image from: “Malaysia Jadi Negara Pertama Berjaya Pujuk Myanmar Terima Semula Rakyatnya” – Fahmi Fadzil2026-08-28 13:08:48

KDN Sasar 5,000 Pelarian Myanmar Pulang Secara Sukarela, 1,476 Individu Dijadual Berlepas September Ini

The post “Malaysia Jadi Negara Pertama Berjaya Pujuk Myanmar Terima Semula Rakyatnya” – Fahmi Fadzil first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved