Malaysia jadi rujukan dunia, enam negara mahu pelajari kepakaran industri halal

LocalBusiness & Finance
27 Jul 2026 • 5:02 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Malaysia jadi rujukan dunia, enam negara mahu pelajari kepakaran industri halal

SEBERANG PERAI – Keupayaan Malaysia membangunkan ekosistem industri halal terus mendapat perhatian di peringkat antarabangsa apabila enam negara menyatakan hasrat untuk bekerjasama serta mempelajari kepakaran negara dalam sektor berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Vietnam, China, Afrika Selatan, Brazil, Peru dan Ethiopia antara negara yang menunjukkan minat untuk menjalinkan kerjasama dengan Malaysia, bukan sahaja dalam aspek pensijilan halal, malah pembangunan keseluruhan industri tersebut.

Menurut beliau, pengiktirafan itu membuktikan kredibiliti Malaysia sebagai antara peneraju industri halal dunia hasil usaha berterusan pelbagai agensi termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam.

“Dalam hal ini, saya ucapkan tahniah kepada semua, baik Jakim dan Majlis Agama Islam kerana mereka dapat mempertahankan prestasi kita yang cemerlang dalam memperkenalkan industri halal ke peringkat antarabangsa.

“Tetapi, saya menekankan bahawa kita juga perlu ada kekuatan yang bukan sahaja dari segi pensijilan, tapi mesti ada sinergi di antara sijil dan industri itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Penang International Halal Expo (PIHEX) dan Himpunan Usahawan Bumiputera Pulau Pinang di Politeknik Seberang Perai (PSP), hari ini.

Anwar berkata, Malaysia tidak boleh bergantung kepada pengiktirafan pensijilan halal semata-mata, sebaliknya perlu memperkukuh rantaian nilai industri supaya manfaat ekonomi dapat diperluaskan kepada lebih ramai usahawan tempatan.

Dalam perkembangan sama, beliau mengumumkan peruntukan awal sebanyak RM5 juta bagi memperkukuh penyertaan usahawan bumiputera dalam industri semikonduktor negara.

Katanya, dana itu bertujuan meningkatkan penglibatan golongan berkenaan dalam rantaian bekalan sektor berteknologi tinggi, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada syarikat tempatan untuk berkembang.

“Dana ini merupakan langkah permulaan untuk kita membangunkan kerangka kerjasama strategik melibatkan kerajaan, institusi pengajian tinggi dan pemain industri,” katanya.

Beliau berkata, kerjasama strategik antara kerajaan, institusi pendidikan serta pemain industri penting bagi memastikan agenda pembangunan sektor halal dan semikonduktor dapat diperkasakan secara menyeluruh demi meningkatkan daya saing ekonomi negara.

The post Malaysia jadi rujukan dunia, enam negara mahu pelajari kepakaran industri halal appeared first on MYBERITA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved