Malaysia, Jepun meterai kerjasama galak perdagangan dalam mata wang tempatan

Business & Finance
16 Sep 2026 • 8:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Malaysia, Jepun meterai kerjasama galak perdagangan dalam mata wang tempatan

PETALING JAYA: Kementerian Kewangan Jepun dan Bank Negara Malaysia (BNM) menandatangani memorandum kerjasama (MoC) bagi membangunkan rangka kerja untuk menggalakkan penyelesaian perdagangan dan pelaburan dalam mata wang tempatan.

Dalam kenyataan bersamanya, kedua-dua pihak berkuasa berkata, mereka mencapai persetujuan mengenai inisiatif untuk menggalakkan penggunaan mata wang tempatan dalam urus niaga rentas sempadan yang layak. 

Katanya, kerjasama ini akan diperkukuh melalui perkongsian maklumat serta perbincangan secara berkala antara pihak berkuasa Jepun dengan pihak berkuasa Malaysia.

“Kerjasama ini menandakan satu pencapaian penting dalam memperkukuh kerjasama kewangan dua hala antara Jepun dengan Malaysia. 

“Kedua-dua pihak berkuasa yakin bahawa inisiatif ini akan memberikan sumbangan positif ke arah mengeratkan lagi hubungan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara,” katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan berbeza, Jepun dan Malaysia telah menandatangani Pengaturan Swap Dua Hala (BSA) yang ketiga dengan jumlah pengaturan swap sehingga AS$6 bilion.

“Perjanjian tersebut ditandatangani antara Bank of Japan (BOJ), yang bertindak bagi pihak Menteri Kewangan Jepun, dengan BNM dan berkuat kuasa pada 18 September 2026.

“Jepun dan Malaysia bersetuju bahawa BSA ini akan mengukuhkan lagi kerjasama kewangan antara kedua-dua negara serta mempertingkatkan kestabilan kewangan serantau,” ujarnya. – UTUSAN

The post Malaysia, Jepun meterai kerjasama galak perdagangan dalam mata wang tempatan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved