Terbengkalai 12 tahun, siap kurang dua tahun! PM Anwar puji Fadhlina, KPM selesai isu Sekolah Sukan Perlis

LocalPolitics
30 Oct 2026 • 2:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kecekapan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menangani isu projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis yang terbengkalai selama 12 tahun.

Anwar berkata, projek yang sekian lama tertangguh itu berjaya ditangani dalam tempoh kurang dua tahun selepas beliau mengarahkan tindakan segera diambil bagi memastikan pembinaannya dapat disiapkan.

Image from: Terbengkalai 12 tahun, siap kurang dua tahun! PM Anwar puji Fadhlina, KPM selesai isu Sekolah Sukan Perlis

Menurut beliau, isu berkenaan pernah dibangkitkan oleh Menteri Besar Perlis ketika lawatannya ke negeri itu pada April tahun lalu, sebelum arahan penyelesaian segera dikeluarkan.

“Masih saya ingat tatkala ke Perlis pada April tahun lalu dan Menteri Besar ketika itu bangkitkan mengenai projek terbengkalai Sekolah Sukan Malaysia Perlis, dan saya arahkan penyelesaian segera.
“Insya-Allah, tahun ini Sekolah Sukan Malaysia Perlis siap dan boleh mula digunakan tahun depan,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, projek tersebut dijangka siap sepenuhnya tahun ini sebelum mula beroperasi pada tahun hadapan.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Fadhlina dan seluruh warga KPM atas usaha memastikan projek berkenaan tidak terus terbengkalai.

“Terbengkalai selama 12 tahun, alhamdulillah Kerajaan Madani selesaikan dalam kurang dua tahun. Tahniah Fadhlina Sidek, Kementerian Pendidikan Malaysia,” katanya.

Sumber: FB Anwar Ibrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved