Malaysia Kukuhkan Agenda Antidoping Demi Lindungi Integriti Sukan Negara

2 Jun 2026 • 4:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

kbs ft

Malaysia terus memperkukuh komitmen dalam memerangi doping apabila menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri Asia/Oceania ke-21 Mengenai Antidoping Dalam Sukan di Beijing, China.

Menteri Belia dan Sukan, YB Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, mesyuarat itu menjadi platform penting untuk mengukuhkan kerjasama serantau serta memastikan setiap atlet dapat bersaing dalam suasana yang adil dan berintegriti.

kbs 2

Menurut beliau, perbincangan tersebut turut memberi peluang kepada negara-negara Asia dan Oceania berkongsi pandangan serta amalan terbaik menjelang pelaksanaan Kod Anti-Doping Dunia 2027, yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan.

Beliau yang turut disertai Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS), Dr Azril Shazwan Mohd Ali berkata, langkah itu penting bagi memastikan dasar serta pendekatan antidoping negara sentiasa selaras dengan piawaian antarabangsa terkini.

Artikel berkaitan: “Nazar tercapai” – Sujud Syukur Lepas Menang Emas, Atlet Taekwondo SUKMA Umum Sudah Peluk Islam

“Penyertaan dalam mesyuarat kali ini memberikan pengalaman dan pendedahan yang amat berharga serta memperkukuhkan lagi usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi ADAMAS,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Usaha berkenaan juga dilihat signifikan menjelang Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor pada Ogos ini serta sebagai persediaan ke arah penganjuran Sukan SEA 2027, bagi memastikan sukan di Malaysia kekal bersih, berintegriti dan bebas daripada doping.

Sumber: Berita RTM

Sumber: FacebookSumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.